Monday 16 April 2018

MARI KENALI HARDISK

ON JOB TRAINING



Image result for hard disk       Related image

Simptom hardisk tidak okay .

- Apabila melakukan Power On Self Test (POST) desktop masuk ke boot menu

- " Bootable device found" = OS tidak menjumpai hardisk
-  " OS is missing "

PERKARA PENTING BERKENAAN PEMBAHAGIAN PARTITION

  •   Partition hendaklah dibuat sebelum melalukan windows , install driver . 
  • kebarangkalian jika partition dibuat selepas windows dan driver siap di install @ semasa windows hidup , data akan hilang . 

TROUBLESHOOTING PC

ON JOB TRAINING 




Masalah : 1- Terdapat  pita pelekat pada RAM 
                    2- cable tidak tersusun pada tempatnya 

Penyelesaian : 1 - buang pita pelekat tersebut pada RAM dan padam@bersihkan RAM menggunakan pemadam .
2 - Susun cable pada tempat yang sepatutnya 

lakukan POST test , 

PC BERJAYA DIHIDUPKAN

MAKMAL APLIKASI



Aktiviti 5S di Makmal Aplikasi 

21/02/2018 (RABU) : 10.00 PAGI - MAKMAL APLIKASI ILP PERAI 

Semua pelajar Sem 2 TKS diarahkan oleh Encik Afzan untuk ke Makmal Aplikasi bagi melakukan Preventive Maintenance . 

Namun terdapat beberapa orang pelajar yang terlibat dengan mesyuarat MPP , maka pelajar tersebut tiba lewat ke makmal aplikasi . 

Mereka tiba di makmal aplikasi sejam lewat iaitu jam 11.00 pagi . 

Apabila sampai di makmal aplikasi , semua pelajar sibuk melakukan tugas masing masing yang telah dibahagikan mengikut kumpulan . Beberapa meja sudah kosong kerana pc sudah dialihkan ke atas lantai untuk aktiviti pembersihan . 

Cable yang tidak digunakan diasingkan dan dimasukkan ke dalam kotak mengikut jenis 





pengasingan cabel , membersihkan meja 




cabel yang dah diasingkan 


Beberapa pelajar mengambil tugas untuk melakukan blower kepada semua PC untuk menghilangkan habuk pada PC . Aktiviti ini dilakukan supaya PC tidak mengalami kerosakan yang teruk . 








Selesai mengasingkan cabel dan pembersihan PC , pelajar menyusun kembali semua PC ditempat asalnya . Walaupun terdapat sedikit konflik antara pelajar dan pengajar kerana arahan yang tidak jelas , akhirnya konflik tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama semua . 

menggulung cabel supaya kemas . 


susun semula semua PC pada tempat asalnya 



PC siap disusun pada tempat asalnya dan cabel digulung secara seragam supaya tidak kelihatan serabut 







Semua pelajar dibenarkan rehat.

NETWORK STRUCTURED CABLING

LATIHAN AMALI (LAYOUT UNTUK PEMASANGAN CABLE)

Puan Anuruzi membahagikan pelajar kepada 9 kumpulan . Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli 

Amali untuk membuat pelan Layout bagi pemasangan cable . Terdapat beberapa tempat yang perlu dipilih oleh setiap kumpulan iaitu : 

  1. Makmal Troubleshooting
  2. Makmal Perkakasan 
  3. Makmal ICT 
  4. Bilik Pengajar

Setiap kumpulan perlu membuat bancian ke setiap tempat yang dipilih sebelum memulakan aktiviti melukis menggunakan aplikasi Microsoft Visio . 

Sebelum menggunakan aplikasi dalam komputer , setiap kumpulan perlu melukis secara kasar di atas sehelai kertas untuk memudahkan apabila melakukan lakaran tersebut dalam PC . 

Dalam lakaran tersebut , pelajar perlu menyatakan petunjuk , segala yang berkaitan untuk memudahkan urusan pemasangan cabel . 


Berikut adalah contoh lakaran menggunakan aplikasi visio . 

KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas.















KPDNKK menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata skim yang akan dilaksanakan bermula 19 hingga 28 Dis itu, melibatkan enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata barangan disenaraikan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak sahaja), ayam Belanda import, kepak ayam (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja), daging kambing tempatan bertulang (Semenanjung sahaja), daging kambing/biri-biri import tanpa tulang.

Selain itu, daging paha kambing/biri-biri import bertulang (Semenanjung sahaja), telur ayam gred A, gred B dan gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja) juga termasuk dalam skim kawalan harga.

"Pada tahun ini, ayam tua hidup dan ayam Belanda import turut disenaraikan dalam skim kawalan harga musim perayaan berikutan permintaan tinggi sempena Krismas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh.

Hamzah berkata harga maksimum ini ditentukan di 89 daerah atau kawasan di Semenanjung; 32 di Sarawak dan 27 di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan lain.

"Peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah," katanya.

Beliau berkata ia adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga tidak beretika sepanjang musim perayaan.

Hamzah berkata peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Peniaga yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan bagi syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000, katanya.

Hamzah berkata pegawai KPDNKK akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

"KPDNKK akan mendapatkan kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), penghulu dan ketua masyarakat untuk membantu kementerian dengan memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim ini," katanya.


Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada KPDNKK jika mendapati peniaga tidak mematuhi undang-undang di talian 03-8000 8000 (1Malaysia One Call Centre), talian bebas tol Pusat Informasi dan Geraka.
Berita harga gas petroleum cecair (LPG) naik tidak benar















Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan yang melaporkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7.00 setong mulai tahun depan.

Laporan yang menjadi viral dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna. KPDNKK memberi jaminan bahawa harga LPG masih kekal seperti yang ada hari ini.


Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.
Kerajaan tidak keluarkan notis kenaikan harga minyak kepada peniaga - Hamzah Zainuddin.



Hamzah menafikan dakwaan yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.

Hamzah hari ini membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenai aduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum kenaikan harga diumumkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan 'Friends of KPDNKK' (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi kepenggunaan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov lepas. -- Bernama
Susu tiruan: Tiada laporan selain Johor, KPDNKK masih tunggu laporan kimia.



PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menerima sebarang laporan susu tiruan di kawasan lain selain dari Johor Bahru.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tiada tindakan lanjut dibuat pihaknya lantaran tiada laporan diterima.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya masih menunggu laporan ujian kimia sampel rampasan yang dibuat pada Khamis lalu di Johor Bahru.

“Kita pun tidak ada terima sebarang laporan daripada pengguna yang anak mereka terkesan dengan susu tiruan.

“Malah, laporan ujian laporan kimia juga belum diterima pihak kami. Mungkin anda boleh hubungi Jabatan Kimia bila nak serahkan laporan,” katanya pada sidang media Pengumuman Kawalan Harga Barang sempena Krisma di sini hari ini.

Justeru, Hamzah menggesa pembeli yang was-was dengan kualiti susu yang dibeli atau memberi kesan kepada kesihatan anak mereka untuk membuat aduan kepada KPDNKK. 

Sementara itu, Hamzah menegaskan pihaknya kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesiahatan dalam melakukan penguatkuasaan.

CAP dakwa harga ikan, sayuran meningkat sehingga 300 peratus.


Peningkatan harga itu sangat menjejaskan golongan berpendapatan rendah. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengambil langkah segera menurunkan harga sayuran, buahan dan ikan yang didakwanya meningkat sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata dilaporkan pada 15 Nov lepas, kenaikan harga dan kekurangan makanan tersebut adalah berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurutnya harga kacang bendi meningkat 100 peratus daripada RM6 sekilogram kepada RM12; kacang panjang meningkat 65 peratus daripada RM3.60 kepada RM6; sayur sawi daripada RM3.50 kepada RM6; kacang (RM3.50 kepada RM6); terung (RM1.80 kepada RM4.50); tomato (RM3.50 kepada RM5); daun bawang (RM3 kepada RM12) dan daun sup (RM3 kepada RM11).

"Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Idris menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyiasat peningkatan harga itu yang teruk menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke kabinet minggu depan.


Pada Disember lepas, Hamzah berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membawa usul penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke kabinet minggu depan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketika ini pihaknya sedang menyenarai pendek pakar yang akan terlibat dalam majlis tersebut bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan untuk jangka panjang.

"Ada lima kluster (yang akan diwujudkan) dan kita akan panggil pakar dalam setiap kluster tersebut. Bila ada kluster kita perlukan orang yang betul-betul memahaminya (supaya) apabila kita umum (dasar) kita nak pastikan tidak ada 'flip-flop'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen 'Magic of Ong 2018' Tesco, di sini hari ini.

Lima kluster berkenaan ialah perumahan, pengangkutan, utiliti, makanan dan minuman.

Pada Disember lepas, Hamzah dilaporkan berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup.

Usul itu diutarakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung pada awal Disember lalu.

Sementara itu, Hamzah berkata aplikasi 'Price Catcher' dijangka dilancarkan secara rasmi pada awal bulan depan.

Aplikasi itu yang diperkenalkan pada Oktober tahun lepas bertujuan memudahkan pengguna membuat perbandingan harga barang di pasar raya di seluruh negara.

-- BERNAMA


Operasi bertujuan memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan supaya pembeli tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Lima peniaga durian di negeri ini dikenakan kompaun oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang kerana mengguna dan memiliki alat penimbang yang tidak diperakui atau disahkan serta tidak meletakkan tanda harga.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mark Ujin berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah di Jerantut, dua di Raub dan satu kes di daerah ini.

"Kesemua peniaga berkenaan dikenakan tindakan dalam pemeriksaan yang dilaksanakan sejak 1 Januari lalu sehingga semalam.

"Empat daripada kes berkenaan disiasat di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan satu kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011," katanya pada sidang media selepas mengadakan  'walkabout'  sempena Ops Serambi Teruntum di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Alwi Abdul Hamid.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu juga, kesemua peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM200 setiap seorang.

"Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memfokuskan pemeriksaan terhadap peniaga buah, terutama durian yang bersifat sementara dan bermusim.

"Selain itu, operasi ini dapat memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan, dan supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan.

"Kita akan laksanakan pemeriksaan ini secara berterusan terutama di lokasi yang menjadi tumpuan pembeli hingga tamat musim durian," katanya.


NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 jenis barangan menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Feb ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa 12 hari mulai 10 hingga 21 Feb iaitu enam hari sebelum, satu hari semasa dan lima hari selepas sambutan itu diadakan selain pada hari perayaan.

Barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut termasuklah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi.

"Peniaga diwajibkan menjual 13 barangan itu pada harga lebih rendah atau tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain," katanya pada sidang media mengumumkan senarai barangan itu di sini, .

HAHKIR SEM 1 KAMI BUAT BERSIHKAN MAKMAL PERKAKASAN KAMI DAN SUSUNAN BARANG BARANG DI BELAKANG RAK
.


  1. Buat preventive dan cooretive maintenance.
  2. bersihkan semua habu pada pcu.
HARI JADI EMAK SAYA.


PADA: 5.5.2018

TEMPAT: Kedai Makan



MASA CUTIAN  KELUARGA SAYA  SEMUA PERGI KE MELAKA A FAMOSA UNTUK MEMAINKAN WATER THEME PARK.

Mula-mula kami pergi ke water theme park.Selepas itu malam kami pergi momosa village untuk tengok show night sampai sebelah malam.
MENGHADIRI PAMERAN UNTUK BELAJAR LEPAS SPM.
Pada hari sabtu Puan buva memilih kami 2 orang aku dan kawan saya dinesh menghadiri untuk bagi ceramah Dan pameran untuk belajar lepas SPM.
FIT RUN MALAYSIA 2018 DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI.

Pada 7.4.2018 Ilp arrange Fit run Malaysia 2018 di polikteknik seberang perai untuk lari 5km kawasan seberang perai kami kawan kawan lari bersama Dan akhirnya sampai di polikteknik.Selepas itu kami dapat medal finisher.
Holi Festival 2018 den gan A bang



  1. Dance program
  2. Colour festival
  3. Water ballon

Monday 19 February 2018

Masalah boot dari USB pada komputer atau Laptop baru yang jarang kita tahu




Setiap komputer peribadi mempunyai caranya yang tersendiri untuk boot selain dari terus ke sistem operasinya yang telah siap dipasangkan. Penggunaan media boot boleh tanggal membolehkan anda melakukan baik pulih instalasi Windows apabila Windows gagal untuk dimulakan.
Ia juga mampu menyediakan persekitaran ‘bersih’ untuk kerja-kerja mengimbas dan membuang malware selain dari memberikan anda pilihan untuk mencuba sistem operasi lain seperti Linux pada komputer anda


Power Supply

power supply is an electrical device that supplies electric power to an electrical load. The primary function of a power supply is to convert electric current from a source to the correct voltagecurrent, and frequency to power the load. As a result, power supplies are sometimes referred to as electric power converters. Some power supplies are separate standalone pieces of equipment, while others are built into the load appliances that they power. Examples of the latter include 
                                                           

A simple general purpose desktop power supply used in electronic labs, with power output connector seen at lower-left and power input connector (not shown) located at the rear

Panduan pengguna supaya tidak ditipu oleh penjual




Pengguna sendiri harus memainkan peranan masing-masing bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan antaranya tidak terburu-buru membuat pembelian dan harus memastikan peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Sehingga kini, sebanyak 616 syarikat dan 19,198 peniaga yang menjalankan aktiviti atau perniagaan melalui internet berdaftar dengan SSM.

Beberapa panduan juga boleh diambil pengguna sebelum menjalankan transaksi melalui online yang disarankan KPDNKK bagi mengelak menjadi mangsa penipuan dengan:

1)Buat perbandingan harga terlebih dahulu dan peka dengan harga pasaran serta jangan mudah terpedaya dengan penawaran harga murah.

2)Semak latar belakang syarikat atau perniagaan di Malaysia yang menawarkan produk di internet dengan membuat pengesahan alamat pernigaan dan lesen perniagaan dengan (SSM) bagi mengesahkan ketulenan perniagaan.

3) Untuk lebih kepastian, buat kajian dengan membaca maklum balas yang dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat atau individu yang sama bagi mendapatkan idea terbaik.

4)Lakukan transaksi hanya melalui laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Seelok-eloknya pastikan pemilik laman web itu memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambimbaca maklum balas yang dibuat ang pernah membeli barang daripada syarikat atau individu yang sama bagi mendapatkan idea terbai






























Kepenggunaan

                                                                   Kepenggunaan



1) Apakah cara bagi meningkat kesedaran Kepenggunaan?

    Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan ,setiap pengguna mestilah sentiasa.

Bermain futsal dengan Sem3 pada bulan November 2017


Menziarahi Kuil di Batu Caves bersama Keluarga




1. Pergi jumpa abang saya di Kuala Lumpur sambil melawat kami juga pergi kuil bersama abang-            abang saya dan juga keluarga saya.

Wednesday 14 February 2018

Mengemaskini Peralatan (Encik Lizan)

17/1/2018                           Mengemaskini  Peralatan (Encik Lizan)




1. Kami mengangkat barang-barang encik lizan sebab pindah tempat bawah ke atas.
2. Kami mengeluarkan semua barang-barang keperluan diletakkan tepi dan bukan keperluan kami          membuang.
3. Kami mengangkat barang-barang susah seperti almari dan lain-lain bersusah-payah kami                    mengankat almari bawah ke atas kita menggunakan tangga.
4. Akhir sekali,kita mengemaskini bilik encik lizan dengan selamat dan sempurna.
5. Kami mengatakan kerja berpasukan dan tolong-menolong adalah baik dan sempurna.


Memasang pc (computer assembly)






1. Encik afzan mengarahkan setiap pelajar untuk mempunyai sebuah PC.
2. Tunggu arahan encik afzan supaya mengambil komponen PC yang baru untuk dipasang
3. Setiap peralatan yang diambil hendaklah ditulis di dalam barang tujuan untuk memudahkan setiap      orang mengetahui barangan tersebut.
4. Pasang komputer /lakukan  computer assemly mengikut proseder yang ditetapkan .
5. Pastikan tiada (tidak memakai barangan yang boleh memberi cas elektrik yang akan merosakan          komponen.
6. Akhir sekali install windows 7 dan driver mengikut kaedah yang diajar menggunakan CD.
7. Setelah siap pemasangan komputer,lakukan POST TEST terhadap komputer tersebut untuk                  mematikan komputer boleh digunakan.

Wednesday 7 February 2018

web development

HAI Hari ini saya belajar cara nak buat table menggunakan HTML Awak semua boleh tengok code disini
<center>
<h2>SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML </h2>
<table border="1">
<tr>
<th>KURSUS</th>
<th>3 HARI</th>
<th>6 HARI</th>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2008</td>
<td>RM500</td>
<td>RM1000</td>  
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2013</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS WEB DESINGN</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
</table>

Hasilnya :

SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML

KURSUS 3 HARI 6 HARI
KURSUS MICROSOFT SERVER 2008 RM500 RM1000
KURSUS MICROSOFT SERVER 2013 RM300 RM600
KURSUS WEB DESINGN RM300 RM600