Monday 16 April 2018

MARI KENALI HARDISK

ON JOB TRAINING



Image result for hard disk       Related image

Simptom hardisk tidak okay .

- Apabila melakukan Power On Self Test (POST) desktop masuk ke boot menu

- " Bootable device found" = OS tidak menjumpai hardisk
-  " OS is missing "

PERKARA PENTING BERKENAAN PEMBAHAGIAN PARTITION

  •   Partition hendaklah dibuat sebelum melalukan windows , install driver . 
  • kebarangkalian jika partition dibuat selepas windows dan driver siap di install @ semasa windows hidup , data akan hilang . 

TROUBLESHOOTING PC

ON JOB TRAINING 




Masalah : 1- Terdapat  pita pelekat pada RAM 
                    2- cable tidak tersusun pada tempatnya 

Penyelesaian : 1 - buang pita pelekat tersebut pada RAM dan padam@bersihkan RAM menggunakan pemadam .
2 - Susun cable pada tempat yang sepatutnya 

lakukan POST test , 

PC BERJAYA DIHIDUPKAN

MAKMAL APLIKASI



Aktiviti 5S di Makmal Aplikasi 

21/02/2018 (RABU) : 10.00 PAGI - MAKMAL APLIKASI ILP PERAI 

Semua pelajar Sem 2 TKS diarahkan oleh Encik Afzan untuk ke Makmal Aplikasi bagi melakukan Preventive Maintenance . 

Namun terdapat beberapa orang pelajar yang terlibat dengan mesyuarat MPP , maka pelajar tersebut tiba lewat ke makmal aplikasi . 

Mereka tiba di makmal aplikasi sejam lewat iaitu jam 11.00 pagi . 

Apabila sampai di makmal aplikasi , semua pelajar sibuk melakukan tugas masing masing yang telah dibahagikan mengikut kumpulan . Beberapa meja sudah kosong kerana pc sudah dialihkan ke atas lantai untuk aktiviti pembersihan . 

Cable yang tidak digunakan diasingkan dan dimasukkan ke dalam kotak mengikut jenis 





pengasingan cabel , membersihkan meja 




cabel yang dah diasingkan 


Beberapa pelajar mengambil tugas untuk melakukan blower kepada semua PC untuk menghilangkan habuk pada PC . Aktiviti ini dilakukan supaya PC tidak mengalami kerosakan yang teruk . 








Selesai mengasingkan cabel dan pembersihan PC , pelajar menyusun kembali semua PC ditempat asalnya . Walaupun terdapat sedikit konflik antara pelajar dan pengajar kerana arahan yang tidak jelas , akhirnya konflik tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama semua . 

menggulung cabel supaya kemas . 


susun semula semua PC pada tempat asalnya 



PC siap disusun pada tempat asalnya dan cabel digulung secara seragam supaya tidak kelihatan serabut 







Semua pelajar dibenarkan rehat.

NETWORK STRUCTURED CABLING

LATIHAN AMALI (LAYOUT UNTUK PEMASANGAN CABLE)

Puan Anuruzi membahagikan pelajar kepada 9 kumpulan . Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli 

Amali untuk membuat pelan Layout bagi pemasangan cable . Terdapat beberapa tempat yang perlu dipilih oleh setiap kumpulan iaitu : 

  1. Makmal Troubleshooting
  2. Makmal Perkakasan 
  3. Makmal ICT 
  4. Bilik Pengajar

Setiap kumpulan perlu membuat bancian ke setiap tempat yang dipilih sebelum memulakan aktiviti melukis menggunakan aplikasi Microsoft Visio . 

Sebelum menggunakan aplikasi dalam komputer , setiap kumpulan perlu melukis secara kasar di atas sehelai kertas untuk memudahkan apabila melakukan lakaran tersebut dalam PC . 

Dalam lakaran tersebut , pelajar perlu menyatakan petunjuk , segala yang berkaitan untuk memudahkan urusan pemasangan cabel . 


Berikut adalah contoh lakaran menggunakan aplikasi visio . 

KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas.















KPDNKK menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata skim yang akan dilaksanakan bermula 19 hingga 28 Dis itu, melibatkan enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata barangan disenaraikan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak sahaja), ayam Belanda import, kepak ayam (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja), daging kambing tempatan bertulang (Semenanjung sahaja), daging kambing/biri-biri import tanpa tulang.

Selain itu, daging paha kambing/biri-biri import bertulang (Semenanjung sahaja), telur ayam gred A, gred B dan gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja) juga termasuk dalam skim kawalan harga.

"Pada tahun ini, ayam tua hidup dan ayam Belanda import turut disenaraikan dalam skim kawalan harga musim perayaan berikutan permintaan tinggi sempena Krismas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh.

Hamzah berkata harga maksimum ini ditentukan di 89 daerah atau kawasan di Semenanjung; 32 di Sarawak dan 27 di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan lain.

"Peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah," katanya.

Beliau berkata ia adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga tidak beretika sepanjang musim perayaan.

Hamzah berkata peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Peniaga yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan bagi syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000, katanya.

Hamzah berkata pegawai KPDNKK akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

"KPDNKK akan mendapatkan kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), penghulu dan ketua masyarakat untuk membantu kementerian dengan memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim ini," katanya.


Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada KPDNKK jika mendapati peniaga tidak mematuhi undang-undang di talian 03-8000 8000 (1Malaysia One Call Centre), talian bebas tol Pusat Informasi dan Geraka.
Berita harga gas petroleum cecair (LPG) naik tidak benar















Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan yang melaporkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7.00 setong mulai tahun depan.

Laporan yang menjadi viral dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna. KPDNKK memberi jaminan bahawa harga LPG masih kekal seperti yang ada hari ini.


Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.
Kerajaan tidak keluarkan notis kenaikan harga minyak kepada peniaga - Hamzah Zainuddin.



Hamzah menafikan dakwaan yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.

Hamzah hari ini membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenai aduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum kenaikan harga diumumkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan 'Friends of KPDNKK' (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi kepenggunaan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov lepas. -- Bernama